Malam Kesenian Islam Putrajaya Beri Manfaat Untuk Semua
PUTRAJAYA – Malam Kesenian Islam yang berlangsung di Surau Al-Falah, Presint 9 Putrajaya pada 13 Feb 2015 memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat untuk terus menegak dan mengembangkan syiar Islam. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Putrajaya. Turut hadir Datuk Hj Nordin Hassan, Naib Ketua UMNO Putrajaya dan Datuk Mohd Rahimi Rejab, SUSK Menteri WP.
You must be logged in to post a comment.