Berita

Golongan Muda Diminta Jadi Mata dan Telinga Untuk Kepentingan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta rakyat khususnya golongan mida untuk bersama-sama pemimpin dalam usaha memastikan semua golongan terbela.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pelancaran Kayuhan 1Wilayah Persekutuan yang berlangsung hari ini, 15 Feb 2015.

Beliau berkata program tersebut diadakan sempena sambutan Hari Wilayah dengan disertai 5,000 peserta dari kalangan penduduk Wilayah Persekutuan yang akan berkayuh secara santai sejauh 30 kilometer mengelilingi Putrajaya.

Tengku Adnan dan rombongan kemudiannya bergerak ke pameran Putrajaya Autoshow yang diadakan di tempat letak kereta di belakang kompleks Istana Kehakiman.

Dalam ucapan ringkas semasa merasmikan pameran yang disertai 3,000 pemilik kenderaan dari kelab-kelab di sekitar Kuala Lumpur beliau meminta peserta, yang kebanyakannya terdiri daripada generasi muda supaya menjadi ‘mata dan telinga’ kementerian dalam menyalurkan permasalahan yang dihadapi warga kota untuk tindakan penambahbaikan.

IMG-20150215-WA0019

IMG-20150215-WA0023

IMG-20150215-WA0025

IMG-20150215-WA0036

IMG-20150215-WA0044

IMG-20150215-WA0049

IMG-20150215-WA0051

IMG-20150215-WA0052

IMG-20150215-WA0059