Berita

UMNO Putrajaya Realitikan ‘Berat Sama Pikul, Ringan Sama Dijinjing’

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya telah merealisasikan impian untuk membangunkan masyarakat ke arah kesejahteraan dengan menggerakkan pembangunan sosial dan memupuk budaya masyarakat penyayang kepada semua pihak.

Ini termasuklah lawatan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya ke Hospital Putrajaya pada 20 Feb 2015, Jumaat yang menziarahi Saudara Shaari Hamid iaitu Ketua Cawangan Bunga Orkid ekoran serangan jantung. Dalam masa yang sama, lawatan telah dibuat kepada Zainul Fitri Zahari iaitu anak Pengerusi Surau Al-Insaniah dari Cawangan Bunga Iris dan kemudiannya Abdul Malek Abdul Kapis dan Fakrul Asnan Adnan dari Cawangan Bunga Anggerik.

Semoga kunjungan yang dibuat akan dapat memberikan sokongan moral kepada para pesakit serta dikembalikan kesihatan seperti sediakala.

10443168_808213035880647_892014354579958451_o

10505038_808213089213975_5419040101917036967_o

11001551_808212869213997_4129705462079962585_o

11004588_808213235880627_7201703487498196498_o

11004644_808212962547321_2317952076441157034_o