Rencana

Salam Takziah En Zailani Atas Pemergian Ayahanda Tercinta

PUTRAJAYA – Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan semua Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya bersama ahli-ahli UMNO Putrajaya mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara En. Mohd Zailani Mohd Shafi, AJK UMNO Putrajaya merangkap Pengerusi Biro IT atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau.

Allahyarham Mohd Shafi telah meninggal dunia pada 15 Mac 2015, Ahad di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah