Rencana

Meraikan Majlis Perkahwinan Puteri En Uda Bahari & Pn Sharifah

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan majlis perkahwinan anak perempuan En. Uda Bahari Abdul khalid dan Puan Sharifah Kulop Abdullah yang berlangsung pada 15 Mac 2015, Ahad. Majlis tersebut berlangsung meriah di Dewan Zon 4A Presint 11 Putrajaya. Turut serta bersama beliau ialah isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan keluarga mempelai serta mendoakan agar ikatan perkahwinan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

image1 (3)