Berita

UMNO Putrajaya Semarakkan Kempen PRK Permatang Pauh Untuk Kemenangan BN

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya yang turut sama berkampung di Parlimen Permatang Pauh dalam kempen berdepan pilihan raya kecilnya turut sama turun padang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mendapat mendat untuk menerajui kawasan terbabit.

Dengan diketuai oleh En. Ariff Zainuddin dan Ketua bagi PDM 03 Kg. Pelet Permatang Pauh, Puan Saadiah Bakar yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, gerakan turun padang dilaksana secara terancang.

Kempen lawatan dari rumah ke rumah, ataupun melalui program-program yang melibatkan pengundi memperlihatkan reaksi positif penerimaan masyarakat di kawasan ini terhadap calon BN, Suhaimi Sabudin yang juga merupakan anak tempatan Permatang Pauh.

Program BN mendapat sambutan yang amat bagus sekali dari pengundi-pengundi di kawasan ini dengan antara mereka meluahkan bahawa undi kepada PKR selama ini memberikan kerugian kepada mereka, begitu banyak masalah-masalah setempat yang masih lagi tidak dapat diselesaikan oleh ahli parlimen PKR sebelum ini.

Sehubungan itu, kali ini mereka akan memberikan peluang kepada BN untuk mengambil semula pentadbiran kawasan ini di peringkat parlimen, di mana mereka mengharapkan segala masalah yang tidak dapat di selesaikan sebelum ini dapat di selesaikan oleh wakil parlimen daripada BN.

1509158_839775279391089_5495357649738512534_n

10421365_839739722727978_3766075074640706064_n

10612870_840085802693370_8217877148075338897_n

10689660_839739626061321_2272596349563541622_n

11035843_839740296061254_8207456860067508438_n

11133664_839739529394664_3906653837586575978_n

11152334_839775212724429_3681164067783230317_n

11175051_840085992693351_2022081943501022460_n

11193235_840085899360027_4000390053279051736_n

11193257_840093976025886_4423789683128171141_n

11196266_839739382728012_3668238012388485093_n