Berita

Selamat Hari Wesak & Selamat Bercuti Untuk Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut hari Wesak kepada penganut agama Buddha selain mengucapkan selamat bercuti kepada warga Putrajaya.

Katanya, keunikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa, berlainan agama, bermacam-macam etnik dan anutan budaya berbeza tetapi kita dapat hidup bersama-sama dalam satu masyarakat sebagai sebuah keluarga yang besar.

“Perpaduan kunci kesejahteraan negara kita dan sikap saling hormat menghormati perlu kita terus semai.

“Kepada penganut agama Buddha, saya ucapkan selamat menyambut hari Wesak dan kepada semua warga Malaysia, saya ucapkan selamat bercuti dengan menggunakan cuti panjang hujung minggu ini sebagai ruang bermanfaat untuk keluarga,” katanya.