Berita

Magic Of The Night 2015 Tarik 50,000 Pelancong

PUTRAJAYA – Sasaran negara untuk mencapai ketibaan 29.4 juta pelancong dengan perolehan pendapatan RM89 bilion bagi tahun ini pasti menjadi kenyataan jika sambutan positif berterusan dalam acara-acara di kalendar Malaysia Year of Festival 2015 (MyFEST 2015).

Menyatakan demikian, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata: “Usaha menganjurkan pelbagai acara, perayaan dan aktiviti yang menarik boleh mendorong pelancong untuk tinggal lebih lama, meningkatkan perbelanjaan percutian dan kembali ke tanah air kita untuk lawatan ulangan.  

“Dalam jangka masa panjang, ia akan menyumbang kepada Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia 2020 yang menyasarkan 36 juta ketibaan pelancong dan RM168 bilion pendapatan pelancongan,” katanya. 

Berucap pada Majlis Penutup ‘Magic of the Night 2015’ di sini hari ini, beliau berkata program itu sendiri dianggarkan telah berjaya menarik seramai 50,000 pengunjung tempatan dan luar negara.

Program empat hari itu dipenuhi dengan pertandingan bot berhias di atas air, pelbagai acara di darat seperti pameran seni dan kraftangan, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Selfie, acara 1Malaysia Green 1Malaysia Clean, dan pertunjukan bunga api. 

Tengku Adnan menyeru semua pihak, termasuk agensi persekutuan dan negeri, sektor swasta dan penggiat-penggiat industri pelancongan, pusat beli-belah dan setiap rakyat Malaysia berganding bahu menjayakan MyFEST 2015.

10421516_843294982373452_615662183684562970_n

11351150_843294959040121_2347242995444706232_n

11377148_843294799040137_2318058804086559312_n

11392959_843294845706799_8721252356478876125_n