Berita

Ihya’ Ramadan Semarakkan Surau-surau Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Menjelang bulan puasa yang bakal tiba, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada semua surau-surau di sekitar Putrajaya melalui program Ihya’ Ramadan.

Dalam program ini sebanyak 52 buah surau telah menerima sumbangan bagi membolehkan kesemuanya dapat menjalankan aktiviti dan memeriahkan surau-surau sepanjang Ramadan.

Katanya, sumbangan tersebut merupakan inisiatif yang diusahakan bersama dengan UMNO Bahagian dan juga pejabat Ahli Parlimen Putrajaya bagi membolehkan pelbagai majlis ilmu dan keagamaan dilaksana di surau-surau.

Majlis tersebut berlangsung di Surau Al ‘Aziz PR1MA, Presint 11 pada 16 Jun 2015, Selasa.

IMG-20150616-WA0040

IMG-20150616-WA0045

IMG-20150616-WA0046

IMG-20150616-WA0047

IMG-20150616-WA0049

IMG-20150616-WA0051

IMG-20150616-WA0053

IMG-20150616-WA0054

IMG-20150616-WA0060

IMG-20150616-WA0061