Rencana

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Eratkan Silaturrahim

PUTRAJAYA – Kemeriahan Aidilfitri terus dirai dengan sambutan rumah terbuka yang diadakan sebagai alternatif untuk mengeratkan silaturrahim penduduk setempat. Antaranya ialah majlis rumah terbuka dan majlis sambutan hari raya UMNO Cawangan Bunga dan juga majlis rumah terbuka dan hari raya UMNO Cawangan Bunga Roselle bersama Persatuan Penduduk Blok B Fasa 5 Presint 9 Putrajaya. Majlis tersebut telah di serikan dengan kehadiran Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan.

Begitu juga dengan majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK ) Jabatan Kebajikan Masyarakat WP Kuala Lumpur serta UMNO Cawangan Bunga Siantan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Blok C Apartment Putra Damai Presint 11 selain majlis jamuan raya Cawangan Bunga Ratna bersama Persatuan Penduduk Blok C Fasa 6 Presint 9 Putrajaya.

Turut berlangsung ialah majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya UMNO Cawangan bunga Sakura bersama Persatuan Penduduk Blok B Presint 14 Putrajaya dan juga majlis rumah terbuka dan jamuan hari raya UMNO Cawangan Bunga Kantan dan Persatuan penduduk Fasa 6E.

Semoga dengan meriahnya majlis yang berlangsung maka bertambah eratlah ikatan kekeluargaan dalam komuniti keluarga besar di Putrajaya.

11252401_883867981648485_4050617619527192877_o

11792052_883855904983026_823195194910375222_o

11802661_884237598278190_9054053913564110454_o

11823002_884174811617802_8368472620417772827_o

11856474_884216871613596_5327446529833936190_o

11864995_883862654982351_2352936734211515990_o

11872109_883862268315723_8019086891535110836_o