Berita

Generasi Muda Kreatif Hayati Erti Kemerdekaan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor amat bangga melihat kebolehan anak-anak tempatan dalam menghasilkan idea kreatif ketika menyertai pertandingan menghias sekolah dan kelas bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2015.

“Inilah anak-anak kita, generasi muda yang kreatif dan menghayati erti kemerdekaan, menjiwai aspirasi ‘Sehati Sejiwa’dan semoga kelak anak-anak ini akan menjadi insan berguna yang akan menyambung perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1) di sini, 29 Sept 2015, Selasa.

Pada majlis itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dinobatkan sebagai sekolah terbaik keseluruhan pertandingan, masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000 piala dan sijil.

Dalam masa yang sama beliau memaklumkan bahawa guru, jururawat dan anggota polis akan diberi keutamaan dalam permohonan menduduki perumahan penjawat awam di Putrajaya, yang mana perkara itu telah diajukan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

“Bilangan kuarters adalah terhad tetapi jumlah permohonan sentiasa bertambah di mana sehingga kini terdapat kira-kira 17,000 pemohon berada dalam senarai menunggu.

“Sebagai menangani masalah itu, saya telah berbincang dan meminta BPH memberi keutamaan kepada guru, jururawat dan anggota polis dalam memberi kelulusan untuk mendiami kuaters kerajaan di Putrajaya,” katanya.

IMG-20150929-WA0029

IMG-20150929-WA0032

IMG-20150929-WA0034

IMG-20150929-WA0039

 

IMG-20150929-WA0046

IMG-20150929-WA0072

IMG-20150929-WA0074

IMG-20150929-WA0075

IMG-20150929-WA0076

IMG-20150929-WA0079

 

IMG-20150929-WA0084

IMG-20150929-WA0085

IMG-20150929-WA0086

IMG-20150929-WA0089