Berita

Keselesaan dan Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan – Tg Adnan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan bahawa kerajaan sentiasa mengutamaan kebajikan rakyat khususnya bagi memastikan semua pihak mendapat pembelaan dalam apa jua keadaan.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan dan sokongan moral disediakan oleh kerajaan dan pihak berwajib bagi menangani mereka yang kurang bernasib baik dan ditimpa keuzuran agar mereka ini tidak rasa tersisih atau terpinggir dalam masyarakat.

“Kita akan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang memerlukan selain sokongan moral dalam pelbagai bentuk bergantung kepada keadaan semasa dan keperluan mereka,” katanya.

Sebelum itu, beliau bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki telah meluangkan masa untuk berkunjung ke Hospital Kanser Negara di Putrajaya pada 7 Oktober 2015, Rabu bagi menziarahi Zaidah dari Cawangan UMNO Kemuning yang uzur.

Dalam masa yang sama, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya turut bergerak aktif dengan berkunjung ke rumah-rumah warga tempatan yang ditimpa musibah sebagaimana Puan Che Wa Muni di Presint 9 yang ditimpa sakit tua. Turut diziarahi ialah keluarga Puan Pun Abdul Ghani yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini di Presint 15 kerana menghidap kencing manis. Tidak ketinggalan ialah Muhammad Nizam bin Sam yang dikunjungi selepas mendapat kemalangan dan patah tulang baru-baru ini.

Gerakan turun padang Biro Kebajikan ini juga telah membawa mereka ke menziarahi adik Muhammad Adi Fayyadh bin Mohd Sukri di Presint 11 selain berkunjung ke rumah Puan kepada Nor Rosnita Mohd Roshdi yang bakal menjalani pembedahan kanser payudara di Institut Kanser Negara. Tidak ketinggalan dilawati ialah Puan Nurliayana Atiqah Shahrudin yang baru sahaja melahirkan cahayamata.

Semoga dengan bantuan yang dihulur dan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban dan memberikan semangat kepada mereka bagi terus berdepan dengan dugaan.

10380311_909621439073139_3336236399696919396_n

12118814_909621452406471_973682398146660173_n

11181862_909501572418459_1236569354669777596_n

12047194_909521089083174_3345120338192284936_n

12068971_909227332445883_3935504136405958571_o

12080246_909227259112557_9024973231173575114_o

12087798_909501385751811_7927248105074928925_o

12107134_909521129083170_8047462024263188983_n

12119189_909521052416511_6676503185224862019_n