Program Transformasi Latihan Negara Untuk Generasi Muda
PUTRAJAYA – Majlis Perasmian Penutup Program Transformasi Latihan Negara 2015 bagi sekolah-sekolah Menengah sekitar Putrajaya telah disempurnakan oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Program yang berakhir dengan melibatkan SMK Putrajaya Presint 11(2) dan SMKA Putrajaya ini telah berlangsung sejak beberapa bulan yang lalu dengan matlamat untuk melahirkan insan cemerlang yang bermula dari alam persekolahan.
Semoga dengan berakhirnya program tersebut, para pelajar yang terlibat akan dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dan memberi manfaat kepada pembangunan dan kemajuan agama, bangsa dan negara.
You must be logged in to post a comment.