Berita

Kartunis Perlu Berkarya Demi Keharmonian Negara

PUTRAJAYA – Kartunis di negara ini diingatkan supaya menjaga sensitiviti rakyat pelbagai kaum dan agama dalam berkarya demi memelihara perpaduan serta keharmonian negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya etika dalam berkarya dapat dijaga dan dihormati, ia dapat mengelak pelbagai masalah sekali gus memastikan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah negara maju.

“Kalau nak gambarkan tentang politik boleh, tiada masalah. Tapi ada perkara tertentu tidak seharusnya dijadikan bahan karya kerana boleh merosakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kampung Boy 2015, yang diadakan sempena sambutan setengah abad Kartun Lat, di sini pada 12 Okt 2015, Isnin.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

IMG-20151012-WA0166

IMG-20151012-WA0168

IMG-20151012-WA0171

IMG-20151012-WA0175