Berita

Pemimpin Berjiwa Rakyat Prihatin Keuzuran Warganya

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah meluangkan masa untuk berkunjung ke Hospital Putrajaya bersama Pengerusi Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Rahaman. Dalam kunjungan tersebut beliau telah menziarah pesakit yang ditempatkan di sini iaitu Saudara Hasnol Harun, Ketua Cawangan Bunga Teratai yang juga Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Putrajaya dan juga Saudara Shaari Hamid iaitu Ketua Cawangan Bunga Orkid.

Turut bersama-sama menziarahi pesakit terbabit ialah Datuk Rahimi Rejab iaitu SUSK kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Semoga mereka yang dilanda keuzuran ini akan kembali sihat dan dapat meneruskan perjuangan bersama-sama demi kelangsungan agama, bangsa dan negara.

12314345_937088389659777_3151122857634367658_o

12362895_937088362993113_7454791337381340064_o