Berita

Aplikasi ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ Untuk Kesejahteraan Ummah

PUTRAJAYA – Pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya menyeru masyarakat untuk menghayati sirah hidup Rasulullah SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Katanya, tema sambutan Maal Hijrah kali ini amat bertepatan dengan semangat kerukunan dalam masyarakat iaitu ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.

“Inilah kesepakatan yang dituntut dalam agama kita malah perjuangan Rasulullah SAW membawa perpaduan kepada masyarakat yang mempunyai bangsa dan budaya berbeza,” katanya.

Selaras dengan itu, beliau berharap agar warga Putrajaya dapat menjadikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan terbaik pada setiap masa.

Salam Maulidur Rasul.