Berita

Ketua Cawangan Main Peranan Besar Untuk UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan pentingnya semua pemimpin UMNO peringkat Cawangan memainkan peranan dalam memastikan kelansungan perjuangan parti di sini.

Katanya, ketua-ketua cawangan mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai wadah antara pemimpin atasan dengan anggota UMNO di akar umbi.

“Peranan yang dimainkan oleh semua ketua-ketua cawangan UMNO sangat penting malah keberkesanan perancangan dan hala tuju parti juga turut bergantung kepada keupayaan kepimpinan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Santai bersama Ketua-ketua Cawangan UMNO Putrajaya yang berlangsung di Kelab Tasik pada Jumaat, 1 Januari 2016.

IMG-20160102-WA0006

IMG-20160102-WA0005

IMG-20160102-WA0004

IMG-20160102-WA0002