Berita

UMNO Putrajaya Bersama Meriahkan Selawat Sambut Tahun Baru 2016

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya bersama-sama menyertai selawat, nyanyian nasyid, alunan qasidah dan lagu kerohanian dengan ribuan umat Islam dalam acara ‘Kuala Lumpur Berselawat, Wilayahku Ceria’.

Dataran Merdeka menjadi lokasi sempena menyambut kedatangan Tahun Baru 2016 dalam program anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dan Majlis Agama Wilayah Persekutuan dengan menampilkan tokoh nasyid nusantara, Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ahli Parlimen Putrajaya
dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Majlis itu didahului dengan solat Isyak disusuli solat hajat memohon kesejahteraan negara sebelum diteruskan dengan alunan muzik dan nyanyian bersifat kerohanian yang menyentuh hati para pengunjung.

Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf kemudian mengalunkan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Selepas itu, Ahmad Zahid mengetuai bacaan doa bagi memohon kesejahteraan dan keharmonian negara.

Program itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

FB_IMG_1451626901715

FB_IMG_1451626854805

FB_IMG_1451626862528