Berita

Pelajar Putrajaya Mula Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Sekolah

PUTRAJAYA – Para pelajar tempatan hari ini mula melaksanakan program solat dan kuliah subuh secara berjemaah di masjid dan surau parlimen berkenaan sebelum memulakan sesi persekolahan sebagaimana usaha untuk menggalakkan mereka berjemaah.

Pemimpin tempatan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program berkenaan dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar sekolah solat subuh berjemaah sebelum memulakan aktiviti harian.

“Ini adalah projek perintis yang dijalankan untuk galakan dari kecil agar amalan solat Subuh secara berjemaah sebelum melakukan aktiviti harian menjadi rutin dalam kehidupan,” katanya.

Turut diadakan ialah sesi kuliah dan sarapan pagi yang disediakan kepada semua murid dan pelajar terlibat.

Program tersebut melibatkan para pelajar dari 14 sekolah di sekitar Putrajaya.

Melalui program tersebut, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya turut menunaikan solat Subuh berjemaah di surau Putra Al-Amin Fasa 4C Presint 8.