UMNO Putrajaya Manfaat ‘Ziarah Wilayah Prihatin’ Untuk Keselesaan Rakyat
PUTRAJAYA – Kesungguhan bagi memastikan setiap warga tempatan mendapat pembelaan khususnya bagi mereka yang uzur dan dilanda musibah ditunjukkan oleh UMNO Bahagian Putrajaya melalui Biro Kebajikannya dalam program ‘Ziarah Wilayah Prihatin’.
Pada 10 Februari, Rabu, ahli jawatankuasa Biro Kebajikan yang diketuai oleh pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman telah berkunjung ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi Puan Rosnani Mustaffa dari Presint 8 yang dilaporkan demam denggi dan mengalami masalah sakit sendi.
Seterusnya lawatan Wilayah Prihatin ini menziarahi adik Muhammad Aidil Hashim di Wad 2C sementara pesakit ketiga yang dikunjungi ialah En. Rahmat Atan yang dilaporkan mengalami jangkitan paru-paru.
Dalam kunjungan tersebut, anggota Biro Kebajikan menyampaikan salam pemimpin tempatan iaitu Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Semoga semua pesakit dapat segera sembuh dan melaksanakan rutin harian seperti biasa.
You must be logged in to post a comment.