Berita

Selamat Tahun Baharu Cina Dan Selamat Bercuti

PUTRAJAYA – Sambutan Tahun Baharu Cina bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat tempatan sebagaimana warga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa.

Sehubungan itu, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak warga tempatan untuk menjadikan perayaan ini sebagai alternatif terbaik bagi memperkukuh perpaduan di negara ini.

Ujarnya, kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina di negara ini yang begitu unik dan dikongsi bersama kaum lain sebagaimana perayaan-perayaan yang lain.

Dalam masa yang sama beliau turut mengajak orang ramai untuk menjadikan cuti perayaan ini sebagai masa untuk bersama-sama keluarga dan orang tersayang.