Berita

Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Julung Kali Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-59 bagi Tahun 1437H/2016M diadakan buat julung kalinya di Putrajaya bermula 22 – 26 Mac ini dengan majlis perasmiannya disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tilawah tersebut dianjurkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang bertema ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Setiap negeri menghantar seorang qari dan qariah menyertai tilawah itu, yang turut disertai oleh johan menunggu qari dan qariah tahun lepas iaitu Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dari Kelantan dan Siti Husna Hassan dari Pahang.

IMG-20160321-WA0107

IMG-20160321-WA0110

IMG-20160321-WA0117

IMG-20160321-WA0118

IMG-20160321-WA0119

IMG-20160321-WA0120