Berita

Semaikan Semangat Kekeluargaan Untuk Pastikan Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan pentingnya ikatan silaturrahim dan kekeluargaan dalam memastikan kesinambungan kesejahteraan berterusan.

Katanya, dalam keadaan menuju negara maju maka sewajarnya perpaduan terus menjadi kunci penting kepada negara.

“Marilah kita terus sama-sama menyemai semangat kekeluargaan dalam sebuah masyarakat yang bersatu padu,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Sambutan Hari Lahir Presint 18 dan sekitar Selangor untuk Parlimen Putrajaya 2016.

Beliau turut mengucapkan
terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menjayakan majlis tersebut.

“Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan nikmat keamanan yang berterusan.”

Sambutan ulang tahun beramai-ramai adalah acara rutin bagi warga Putrajaya.

IMG-20160323-WA0015

IMG-20160323-WA0014

IMG-20160323-WA0009

IMG-20160323-WA0003

IMG-20160323-WA0007