Berita

Akar Umbi UMNO Putrajaya Manfaatkan Persidangan Cawangan

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi memanfaatkan sepenuhnya persidangan UMNO peringkat cawangan dengan menyuarakan cadangan bagi menambah baik dan terus memperkukuh parti demi kelansungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Pada 27 Mac lalu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melakukan perasmian serentak mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Putrajaya yang turut menzahirkan taat setia dan menyokong teguh kepemimpinan Presiden UMNO selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Antara cawangan yang telah melaksanakan tanggungjawabnya ialah Cawangan Bunga Kenanga, cawangan Bunga Kemboja, Cawangan Bunga Pakma, Cawangan Bunga Daisy, Cawangan Bunga Roselle dan beberapa bahagian lain sementara bakinya akan berbuat demikian sebelum tamatnya tarikh yang ditetapkan.

Persidangan Tahunan Cawangan UMNO telah diputuskan untuk bermesyuarat bermula dari 18 Mac hingga 1 Mei 2016, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016.

Antara pesanan Datuk Seri Tengku Adnan ialah menasihati ahli parti itu agar tidak berpecah, sebaliknya bersatu mempertahankan negara ini daripada pembangkang yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan masyarakat.

11168455_217832278606327_2047326946678230228_o

12916928_217121345344087_1850123296344391526_o

12957606_217826631940225_686021057157474634_o

12961277_217789055277316_4718755245576348259_o

12967329_217747615281460_7195772446392778949_o

12967442_217832111939677_3817636626222715990_o

12970962_217120955344126_8772986433195498997_o

12970969_217788441944044_4586613264095158010_o

12970989_219062865149935_2529424844850575292_o

12971074_219063318483223_6276087175144603252_o

12973183_217752521947636_3448947031909845171_o

12973324_217131745343047_451061296373467434_o

12976842_1006400269395255_5562624303256392523_o

12977072_217752308614324_2092913480063836341_o

12977201_217826845273537_7282571481259497478_o

12983177_1006399452728670_6807739312793564291_o

12983787_217134022009486_3061689035677819173_o

12983884_217747515281470_3175960199303874229_o

12985512_1308028005892719_2680107532278998621_n

12985573_1308075929221260_5670711506112399733_n

12993394_1308028035892716_760634270817352780_n

12994380_1308048419224011_4499334275080278923_n

12998513_1308048215890698_7425113105772885693_n