Berita

Kebajikan Rakyat Keutamaan Untuk Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Gerakan turun padang dengan menyelami permasalahan rakyat dan bertanya keperluan mereka adalah antara agenda kerajaan dalam menghayati kesusahan akar umbi iaitu dengan meninjau sendiri, melihat dan menilai apa yang berlaku. Sehubungan itu, melalui Wilayah Persekutuan Prihatin dan Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, penyampaian sumbangan bagi pihak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah dilakukan di sekitar Putrajaya.

Antara yang diziarahi menerusi Wilayah Prihatin ini ialah Wahida Kadar Bacha yang menghidap kencing manis, Mohd Sabri Duhdi yang mengalami tekanan darah tinggi, Nurul Syuhada Wahi yang ditimpa musibah selepas keguguran, adik Muhamad Irfan Amsyar uzur ekoran jangkitan kuman dalam darah manakala adik Muhammad Ameen Rayqal mengalami jangkitan kuman di paru-paru sementara Muhammad Nazirul Armand Mohd Saferul mendapat kemalangan hinggakan mengalami patah hidung.

Gerakan terancang tersebut turut dianggotai oleh Biro Kebajikan UMNO bahagian Putrajaya bagi memastikan setiap yang susah mendapat bantuan, setiap yang sakit mendapat penawar, setiap yang uzur mendapat pembelaan, biar yang berat jadi ringan agar keperitan yang dirasa dapat dikongsi bersama.

13086818_1018913924810556_166671708296441506_o

13086875_1018913281477287_2608293504810103584_o

13086913_1018913324810616_1093895813028041551_o

13130885_1018914158143866_746279052005688870_o

13147298_1018913438143938_6418449897002143089_o

13147669_1018913788143903_3327469515190812811_o