Berita

Aidilfitri Tanpa Melupakan Yang Uzur

PUTRAJAYA – Biarpun masyarakat Islam masih meraikan sambutan Aidilfitri, namun UMNO Bahagian Putrajaya tidak melupakan yang dilanda keuzuran dengan menzirahi mereka bagi bertanya khabar selain memberikan sokongan moral agar tabah berdepan kesukaran. Pada 12 Julai 2016, Selasa Saudara Safian M Salleh iaitu Ketua Cawangan Bunga Raya mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Persekutuan telah menziarahi Saudara Sharul Nizam dan isteri serta anak mereka yang berusia tujuh tahun ekoran di timpa bencana kebakaran di rumah keluarganya di Kuala Pilah baru-baru ini. Mereka yang menghuni kediaman di Presint 9 dan merupakan pengundi Putrajya telah dimasukan ke Unit Rawatan Pari (ICU) ekoran kecederaan yang dialami.

Sementara itu, pada hari yang sama juga, Datuk Hj Nordin Hasan dan rakan-rakan dari UMNO Veteran Putrajaya telah melawat Sgt. Mohd Baki Mohd Akhir yang juga semakin uzur di hospital.

Semoga mereka ini tabah berdepan dengan ujian dan segera sembuh agar dapat kembali menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

13612373_1059398067428808_691641087215051747_n

13613164_1059397997428815_2746785642249150619_o