Taklimat Persidangan Perwakilan Pastikan Mesyuarat UMNO Putrajaya Lancar
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyampaikan taklimat persidangan kepada para perwakilan yang bakal mengadakan mesyuarat UMNO Bahagiannya minggu hadapan.
Menerusi taklimat ini beliau telah berpesan agar para perwakilan menjadikan mesyuarat yang ada sebagai manifestasi terbaik untuk memperkukuh parti dengan semua peraturan persidangan dipatuhi.
Ahli-ahli UMNO diseluruh negara mengadakan mesyuarat Bahagian bermula dari 1 Ogos hingga 15 September selaras dengan amanah yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dengan mengikut tertib dalam persidangan dan mematuhi tataetika parti, juga memenuhi perundangan dari Akta Pertubuhan.
You must be logged in to post a comment.