Berita

‘Ketua Kampung’ Rai Warga Putrajaya Dalam Majlis Hari Lahir

PUTRAJAYA – Sambutan hari lahir beramai-ramai yang sememangnya tidak asing bagi masyarakat tempatan dengan ‘ketua kampungnya’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah berlangsung pada 9 Ogos 2016 membabitkan para penduduk di Presint 9, Fasa 1-6.

Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya melahirkan penghargaan kepada warga tempatan yang sentiasa menyokong usaha kerajaan.

“Salah satu usaha yang penting adalah perpaduan yang mana kita sentiasa semai dengan acara yang melibatkan semangat kekeluargaan dan silaturrahim bersama,” katanya.

Dalam majlis tersebut beliau turut menerangkan berkaitan isu-isu semasa kepada masyarakat.

Turut bersama meraikan warga tempatan ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20160810-WA0009

IMG-20160810-WA0006

IMG-20160810-WA0001

IMG-20160810-WA0005