Berita

Sambutan Hari Lahir Beramai-ramai ‘Trademark’ Putrajaya Untuk Perpaduan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor gembira kerana dapat meneruskan acara sambutan hari lahir beramai-ramai untuk Parlimen Putrajaya yang menjad rutin bagi penduduk tempatan.

Katanya, acara tersebut telah menjadi ‘trademark’ di Parlimen Putrajaya dan bagi masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung lancar dan meriah dengan pelbagai lapisan masyarakat dapat bersama-sama.

“Bersyukurlah kita dapat hidup rukun muafakat dan bersatu-padu dalam keluarga besar yang harmoni. Inilah tempat kita, rumah kita, tanah air kita yang perlu terus kita pelihara,” katanya yang meraikan hari lahir para pengundi bagi kawasan Fasa 7-12 dan Putra Harmoni Presint 9.

Beliau turut melahirkan penghargaan pada mereka yang hadir dalam majlis yang diadakan di Menara Seri Wilayah pada 28 Sept 2016 (Rabu).

“Terima kasih semua, teruskanlah sokongan untuk keamanan, kemajuan dan kesejahteraan,” tambahnya yang turut disertai isterinya, Datin Seri Angraini Sentiyaki.

IMG-20160928-WA0080

IMG-20160928-WA0090

IMG-20160928-WA0079

IMG-20160928-WA0095

IMG-20160928-WA0074o

IMG-20160928-WA0100