Berita

Pelajar Putrajaya Antara 17,000 Penerima Bantuan ‘Ceria Ke Sekolah’

PUTRAJAYA – Seramai 1,200 pelajar di Parlimen Putrajaya antara 17,000 yang menerima bantuan persekolahan dengan peruntukan keseluruhan RM2.5 juta daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata di bawah program ‘Ceria Ke Sekolah’ yang masuk tahun kesembilan itu, setiap pelajar menerima baucer kelengkapan persekolahan RM100 dan beg sekolah setiap seorang.

“Tahun lepas pelajar yang menerima bantuan seramai 13,000 orang melibatkan peruntukan RM2 juta dan tahun ini kita tambah lagi jumlah pelajar yang menerima bantuan.

“Kita berharap YWP akan terus maju supaya dapat kita pulangkan kepada masyarakat terutama yang kurang berkemampuan, barangkali mungkin kita boleh naikkan bantuan kepada RM150 atau RM200 pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada majlis penyerahan bantuan itu, di sini hari ini.

Baucer tersebut yang boleh digunakan di 88 kedai yang menjual barangan kelengkapan persekolahan.

IMG-20161126-WA0056

IMG-20161126-WA0073

IMG-20161126-WA0081

IMG-20161126-WA0086

IMG-20161126-WA0087

IMG-20161126-WA0094