Berita

Selamat Bersidang Ke Perhimpunan Agung UMNO 2016

PUTRAJAYA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan dari UMNO Bahagian Putrajaya yang akan bersama-sama menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Katanya, para perwakilan adalah wakil dari Bahagian Putrajaya yang tentunya akan dapat menimba ilmu dan idea baharu bagi diaplikasi di bahagian dan memperkukuh UMNO Putrajaya.

“Manfaatkanlah ruang dan peluang yang ada untuk bersama-sama mendengar amanat Presiden dan juga perbahasan daripada para jurucakap untuk diambil mana-mana yang baik bagi diaplikasi untuk pengukuhan UMNO Bahagian Putrajaya,” katanya.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan bermula 29 November hingga 3 Disember ini.