Berita

Selamat Tahun Baru 2017, Tingkatkan Keazaman Untuk Kesejahteraan Bersama

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada semua warga Putrajaya.

Katanya, kedatangan tahun baru ini perlu diaplikasi sebagai ruang untuk mempertingkatkan keazaman ke arah yang lebih baik khususnya untuk kesejahteraan dan perpaduan keseluruhan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua kerana sepanjang 2016, warga Putrajaya sentiasa menyokong saya dan memberi kerjasama yang sangat baik dalam melestarikan Putrajaya.”

Beliau berharap sokongan dan dokongan akan berterusan untuk tahun 2017 dan seterusnya dalam apa-apa jua keadaan.

“Marilah kita melangkah seiring dalam impian yang sama untuk meneruskan kejayaan dan kecemerlang bukan hanya di Putrajaya tetapi untuk semua rakyat Malaysia,” katanya lagi.