Berita

Putrajaya Terus Martabat Islam Tonggak Kehidupan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu Putrajaya terus rancak dalam mengimarahkan syiar Islam.

Katanya, Putrajaya bukan hanya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan tetapi juga mendukung tonggak dalam memastikan agama Islam terus dimartabat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Khatam Al Quran, Sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Persekutuan dan Haul Sheikh Abdul Qadir Al Jailani di Masjid Putra hari ini.

Turut bersama dalam majlis ini ialah isteri beliau Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170204-WA0015

IMG-20170204-WA0013

IMG-20170204-WA0028

IMG-20170204-WA0032

IMG-20170204-WA0014