Meriahnya Warga Putrajaya Raikan Sambutan Hari Wilayah
PUTRAJAYA – Sambutan Hari Wilayah Persekutuan terus menceriakan warga tempatan dengan pelbagai acara dan program diatur yang melibatkan semua peringkat usia dan latar belakang berbeza dengan disertai ‘ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah menyempurnakan acara pertandingan memancing Putrajaya yang diadakan di pesisiran Tasik Presint 2, 3 dan 4.
Beliau yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki kemudiannya bersama-sama warga tempatan dalam program Fiesta sempena Hari Wilayah yang berlangsung di persekitaran Monumen Alaf Baru.
Pelbagai acara berlangsung meriah seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak selain gerai-gerai jualan untuk kunjungan orang ramai.
Pelbagai acara lain lagi yang akan berlangsung sepanjang bulan Februari bagi mengisi sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bertemakan ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’.
You must be logged in to post a comment.