Berita

Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Putrajaya Manfaat Muafakat Bersama

PUTRAJAYA – Majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan peringkat Parlimen Putrajaya membuktikan manfaat muafakat warga tempatan yang sentiasa akrab dalam menjayakan pelbagai program untuk kesejahteraan bersama.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2017 bertemakan ‘Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera’ telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan penghargaan kepada penduduk setempat dan berharap agar masyarakat akan sama-sama untuk terus menghargai keamanan dan sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan.

Turut bersama beliau memeriahkan pelbagai acara ialah isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna, acara sukan, acara kanak-kanak, pertandingan memasak dan cabutan nombor bertuah.

IMG-20170301-WA0029

IMG-20170301-WA0034

IMG-20170301-WA0037

IMG-20170301-WA0038

IMG-20170301-WA0042

IMG-20170301-WA0045

IMG-20170301-WA0054

IMG-20170301-WA0060