Berita

Menghargai Masyarakat Dalam Kesejahteraan Dengan Majlis Sambutan Hari Jadi

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak penduduk tempatan untuk terus mempertahankan Putrajaya dengan memastikan kelestarian dan kesejahteraan bersama-sama.

Katanya, nikmat keamanan dan keharmonian perlu terus dipelihara dengan saling memberikan sokongan bukan sahaja dalam masyarakat dan penduduk setempat tetapi juga kepada pemimpin agar setiap permasalahan dapat disalurkan dan diselesaikan.

“Kita saling bergantungan anatara satu sama lain dan tentunya kita mahukan semua pihak hidup dengan bersatu hati, aman dan gembira. Oleh itu saya berharap agar keharmonian ini akan dapat terus dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan penduduk Presint 17 dan Presint 18 dalam majlis sambutan hari lahir beramai-ramai.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengadakan sesi ‘townhall’ bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat secara dekat di samping mendapatkan input serta idea-idea yang boleh diaplikasi kepada masyarakat keseluruhan.

IMG-20170301-WA0005

IMG-20170301-WA0007

IMG-20170301-WA0008

IMG-20170301-WA0016

IMG-20170301-WA0017

IMG-20170301-WA0018

IMG-20170301-WA0019

IMG-20170301-WA0023

IMG-20170301-WA0024

IMG-20170301-WA0025