Berita

Semarakkan Bersatu Untuk Kemakmuran, Tolak Perpecahan

PUTRAJAYA – Rakyat seharusnya bersyukur atas kesejahteraan dan kemakmuran negara dengan terus menghargainya melalui kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi teras dalam pentadbiran negara ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ujarnya, biarpun banyak pihak khususnya pembangkang yang cuba memecahkan kesatuan ini dengan melontarkan pelbagai fitnah dan tohmah tetapi rakyat perlulah bijak membuat penilaian.

“Kita telah mengecap kemakmuran, dapat hidup dengan aman damai tanpa ada persengketaan maka sewajarnya kita perlu memelihara apa yang kita ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan hari lahir beramai-ramai di Presint 5, pada 1 Mac 2017.

Sambutan hari lahir beramai-ramai adalah antara acara rutin yang sememangnya tidak asing kepada masyarakat Putrajaya dengan diraikan sendiri oleh ‘ketua kampung’ yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Turut bersama-sama meraikan penduduk tempatan ialah isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

IMG-20170301-WA0093

IMG-20170301-WA0099

IMG-20170301-WA0100

IMG-20170301-WA0101

IMG-20170301-WA0102

IMG-20170301-WA0104

IMG-20170301-WA0105

IMG-20170301-WA0106

IMG-20170301-WA0108