Berita

Orang Ramai Perlu Bersama Kerajaan Untuk Bangunkan Syiar Islam

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta orang ramai agar bersama-sama menyokong usaha kerajaan bagi membangunkan syiar Islam.

Katanya, tanggungjawab sebagai umat Islam kepada agama, bangsa dan negara ada selari dengan perkembangan serta kemajuan usaha kerajaan khususnya UMNO yang tidak pernah jemu bagi menyemarakkan Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara ini dan kita bertanggungjawab bagi memastikan syiar Islam terus berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan bangunan tambahan Surau dan Ihtifal Thanawi di Surau Al-Iman, Presint 9 di sini hari ini.

IMG-20170303-WA0016

IMG-20170303-WA0019

IMG-20170303-WA0021

IMG-20170303-WA0023

IMG-20170303-WA0025

IMG-20170303-WA0026