Berat Sama Dipikul: UMNO Putrajaya Beri Sokongan, Hulur Bantuan Kongsi Rasa Duka
PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya terus berkongsi rasa prihatin dengan menziarahi mereka yang uzur dan menyampaikan sumbangan agar dapat meringkan beban yang tertanggung selain memberi sokongan moral kepada mereka agar terus tabah berdepan dugaan.
Melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman, anggotanya bergerak turun padang dan berkunjung ke rumah mereka yang ditimpa kemalangan sebagaimana adik Haikal di Presint 5. Kemalangan yang dialaminya telah mengakibatkan kecederaan pada bahagian kaki hingga menjejaskan pergerakannya. Sehubungan itu, sumbangan berbentuk kerusi roda telah disampaikan kepada beliau.
Turut sama diziarahi ialah isteri kepada Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Putrajaya, En. Baharudin Yusuf yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini.
Semoga En. Baharudin sekeluarga tabah berdepan dengan ujian dan isterinya, diberikan kesembuhan seperti sediakala.
You must be logged in to post a comment.