Berita

Liga Bola Sepak Piala Tengku Adnan Cungkil Bakat Muda Di Peringkat Sekolah

PUTRAJAYA – Generasi muda berpeluang untuk menggilap bakat mereka dalam arena bola sepak melalui Liga Bola Sepak Piala Tengku Adnan yang akan menjadi platform kepada para pelajar sekitar Putrajaya untuk turut serta.

Melalui majlis penyerahan jersi bola sepak kepada pelajar sekolah-sekolah di Putrajaya yang disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menandakan pertandingan tersebut bakal bermula.

“Saya berharap dengan adanya pertandingan ini maka ia akan membuka ruang dan peluang kepada orang muda untuk mengembangkan bakat serta memajukan diri dalam sukan,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa program kecemerlangan perlulah dilaksanakan seiring dengan aktiviti sukan sebagaimana bola sepak yang amat digemari oleh golongan muda.

IMG-20170425-WA0007

IMG-20170425-WA0009

IMG-20170425-WA0010