Berita

Larian Bendera UMNO Sempena 71 Tahun Akan Jelajah Seluruh WP

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyerahkan secara rasmi bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ kepada Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO melibatkan 13 buah negeri sebagai simbolik bermulanya larian bendera bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-71.

Bendera Wilayah Persekutuan dan bendera UMNO telah diterima oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan yang turut diiringi Ketua Pemudanya, Datuk Razlan Mohd Rafi.

Dengan penerimaan bendera ini bermakna larian bendera UMNO kan menjelajah ke seruh pelusuk Wilayah Persekutuan termasuklah Putrajaya.

Larian bendera ini akan bermula pada 1 Mei depan di seluruh negara yang akan membabitkan jentera parti khususnya Pemuda UMNO untuk meneruskan larian sebelum berakhir di ibu negara pada 10 Mei untuk dibawa masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil keesokannya.

Dalam masa yang sama, Najib turut melancarkan setem kenang-kenangan sempena Hari UMNO ke-71 selain kempen sejuta tandatangan ahli UMNO yang akan bergerak ke seluruh negara sebagaimana larian bendera.

Ulang tahun UMNO ke-71 yang bertemakan ‘Tujuh Dekad Memperjuangkan Bangsa’ ini akan disambut secara besar- besaran dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti di setiap negeri.

Kemuncaknya, lebih 140 ribu ahli UMNO akan berhimpun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10-11 Mei untuk sama-sama menyemarakkan semangat perjuangan parti yang berteraskan agama, bangsa dan negara.
IMG-20170426-WA0023

IMG-20170426-WA0026

IMG-20170426-WA0024