Berita

Selamat Hari Pekerja, Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua kakitangan awam dan juga pekerja-pekerja yang menghuni Putrajaya.

Beliau melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua para pekerja yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sehinggakan banyak perancangan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh jayanya.

Hari Pekerja 2017 yang bertemakan ‘Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi’ diharap akan memberi inspirasi bagi meningkatkan kerjaya dan seterusnya bersama-sama menjayakan impian untuk ‘Wiayah Ceria Rakyat sejahtera’.