Berita

Terima Kasih Laksanakan Mesyuarat Cawangan, Tunai Tanggungjawab Untuk UMNO

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli UMNO khususnya Ketua-ketua Cawangan UMNO Bahagian Putrajaya yang telah melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat sebagaimana tarikh yang diperuntukkan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya dan juga Ketua UMNO Bahagian melahirkan penghargaan dan rasa bangga atas kesatuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli UMNO di Putrajaya.

“Mesyuarat Cawangan ini adalah platform utama kepada ahli-ahli UMMNO dia akar umbi untuk melahirkan pandangan dan menyampaikan idea bagi memastikan penghayatan dalam perjuangan parti terus bersemarak,” katanya yang juga Setiausaha Agung UMNO.

Tegas beliau, kejayaan dalam melakukan mesyuarat disemua peringkat membabitkan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seterusnya melaksanakan persidangan cawangan UMNO adalah bukti komitmen anggota parti untuk terus memastikan perjuangan demi agama, bangsa dan negara sentiasa dihayati.
asoka

 UMNO Cawangan Bunga Asoka

cempaka
UMNO Cawangan Bunga Cempaka

kaktus
UMNO Cawangan Bunga Kaktus

kamalia
UMNO Cawangan Bunga Kamalia

raya
UMNO Cawangan Bunga Raya

sakura
UMNO Cawangan Bunga Sakura