Berita

Semangat Muafakat, Saling Menghargai Pemimpin dan Rakyat Kunci Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Ketua Kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan kepada orang ramai khususnya warga Putrajaya yang sentiasa memberi sokongan dalam menjayakan apa-apa program kemasyarakatan khususnya untuk mengeratkan silaturrahim.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya menekankan pentingnya permuafakatan dalam memastikan kelestarian rakyat.

“Saya berterima kasih kepada semua penduduk tempatan yang terus memberikan kerjasama dengan saya sebagai ketua kampung anda bagi memastikan kawasan kita ini aman, damai dan tenteram tanpa ada sebarang gangguan yang boleh mengelisahkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan penduduk Presint 10 dalam sambutan hari lahir beramai-ramai malam tadi, 3 Mei 2017 (Rabu).

“Inilah salah satu cara bagi warga Putrajaya mengeratkan hubungan iaitu bersama-sama meraikan sambutan hari lahir dalam satu keluarga besar,” terangnya yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
IMG-20170503-WA0032

IMG-20170503-WA0034

IMG-20170503-WA0036

IMG-20170503-WA0044

IMG-20170503-WA0046

IMG-20170503-WA0047

IMG-20170503-WA0048

IMG-20170503-WA0049

IMG-20170503-WA0050

IMG-20170503-WA0051