Berita

Pelancaran Penyampaian Bantuan Kepada Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Anggota Parlimen Putrajaya menerima bantuan bagi pihak masjid dan surau di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan berjumlah RM7.62 juta sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bantuan meliputi sumbangan RM15,000 kepada masjid, RM13,500 bagi surau Jumaat dan RM11,000 untuk surau-surau itu bertujuan membolehkan pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti meningkatkan syiar Islam, khususnya menjelang Ramadan, katanya.

Untuk rekod, terdapat sebanyak 85 masjid, 110 surau Jumaat dan 452 surau berdaftar di seluruh Wilayah Persekutuan.
IMG-20170508-WA0015

IMG-20170508-WA0016

IMG-20170508-WA0020

IMG-20170508-WA0022

IMG-20170508-WA0023

IMG-20170508-WA0027

IMG-20170508-WA0028

IMG-20170508-WA0030