Berita

Ramadan Al-Karem, Imarahkan Ramadan Bersama-sama

PUTRAJAYA – Warga tempatan termasuklah para pengunjung Putrajaya dipelawa untuk mengimarahkan kedatangan bulan Ramadan bersama-sama dan berbuka puasa beramai-ramai dengan ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebagaimana kebiasaannya, acara Maidatul Rahman iaitu berbuka puasa beramai-ramai yang bertempat di aras 1, Medan Selera Presint 8 yang bermula pada 1 Ramadan hinggalah 25 Ramadan kelak akan diadakan.

Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama dalam program tersebut dengan berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat tempatan secara percuma.