Berita

Turun Padang Bersama Dekati Rakyat Untuk Kesinambungan Perjuangan UMNO

PUTRAJAYA – Kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri diminta untuk merapatkan diri dengan masyarakat dan turun padang untuk mengetahui masalah yang dihadapi rakyat.

Setiausaha Agung UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ada mendapat maklumat terdapat cubaan parti lawan yang juga parti serpihan UMNO untuk memancing ketua-ketua cawangan di Putrajaya.

“Tugas kitalah untuk memastikan perpaduan dan saf kesatuan dalam UMNO di sini untuk terus teguh dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya 2017.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti dan Perdana Menteri.

“Sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di sini pada Rabu malam.

“Kesemua ketua bahagian UMNO memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang beliau demi agama, bangsa dan negara.

“Sokongan sedemikian adalah penting dalam memastikan parti adalah kuat dan kalis sebarang ancaman,” ujarnya lagi.

10433863_1760152770680171_7359661513440386117_n

20108344_1760149947347120_5046683597309296231_n

20155624_1760147147347400_334819148860165865_n

20228389_1760148180680630_5157352025971482293_n

20228447_1760148494013932_3045608136483666545_n

20229220_1760149027347212_2881455449056340210_n

20246515_1760147430680705_4579941020169104528_n