60 Tahun Merdeka Untuk ‘Negaraku Sehati Sejiwa’
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Alhamdulillah, kesyukuran kepada Allah SWT sentiasa dipanjatkan atas pelbagai nikmat dan kurnia yang telah dilimpahkan kepada kita, dengan keamanan negara, kesejahteraan masyarakat dan perpaduan yang sangat erat antara satu sama lain.
Tarikh 31 Ogos bukanlah semata-mata untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan negara kita tetapi ia juga memberi makna yang sangat besar dalam menggambarkan kesatuan dalam kepelbagaian Malaysia yang lestari, sambutan di seluruh negara dengan rakyat pelbagai kaum dapat hidup rukun bersama.
Dengan bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ yang sememangnya amat tepat dengan peribadi masyarakat Malaysia , menunjukkan pentingnya rakyat pelbagai kaum yang berbeza agama dapat saling memahami dan hormat menghormati selain mengutamakan perpaduan untuk bersama-sama berganding bahu menentukan masa hadapan.
Inilah negara kita, tanah tumpahnya darah kita, wajar kita pertahankan dengan rasa cinta dan kebertanggungjawaban untuk terus memastikan Malaysia terus mencapai kemakmuran dengan kejayaan lebih gemilang, stabil dan aman damai.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-60 – Negaraku Sehati Sejiwa
TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan/ Ahli Parlimen/ Ketua UMNO Bahagian Putrajaya