Selamat Menduduki Peperiksaan PT3, SPM & STPM
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak Putrajaya yang bakal berdepan dengan peperiksaan PT3, SPM dan STPM tidak lama lagi.
Beliau berkata demikian dalam majlis Solat Hajat Perdana Peringkat Putrajaya dan penyerahan alat tulis kepada para pelajar yang berlangsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Khamis.
Program yang berlangsung dengan jayanya ini anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Biro Pendidikan UMNO Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.
Peperiksaan PT3 akan bermula pada 9 Okt sementara SPM pada 6 Nov manakala STPM pula pada 15 Nov hadapan.
You must be logged in to post a comment.