Berita

Ketua Kampung Rakam Takziah Buat Keluarga Hj. Jamaluddin

PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ yang juga pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan salam takziah Hj Jamaluddin dan Puan Noraini sekeluarga atas kembalinya kerahmatullah anakandanya, Rosmaini Jamaluddin.

Haji Jamaluddin yang merupakan Ketua UMNO Cawangan Bunga Dedap telah ditemui oleh Tengku Adnan di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin selepas solat Jumaat dan di kebumikan di tanah perkuburan Presint 20.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

22195926_1487858981249379_7194270162621066711_n

22196151_1487838131251464_9187620784135962490_n

22279401_1487838384584772_735580345880559129_n